Tuesday 29 May 2012

Datuk Mohamad Salim Fateh Din v R. Nadeswaran : Kes Fitnah Pertama di Malaysia Yang Membuat Kenyataan di Twitter

Ini adalah satu contoh kes yang menggunakan media sosial Twitter sebagai medium untuk berkomunikasi dan berkongsi maklumat. Defendan di dalam kes ini telah menulis kenyataan yang telah merosakkan reputasi plaintif sebagai orang penting dalam perniagaannya di Malaysia dan peringkat antarabangsa telah terjejas teruk akibat pernyataan tersebut.



Pada 27 April 2012, editor akhbar The Sun, R. Nadeswaran (gambar) telah diperintah untuk membayar ganti rugi berjumlah RM 500,000 kepada Pegarah Urusan Gapurna Sdn. Bhd., Datuk Mohamad Salim Fateh Din setelah didapati membuat dua pernyataan yang memfitnah ahli perniagaan itu didalam lawan web Twitter. Ini merupakan kes pertama yang dibawa ke mahkamah yang membabitkan individu yang membuat laman web di Twitter.



Selain ganti rugi am RM 300,000 dan ganti rugi keterlaluan RM 200,000, Hakim Amelia Tee Hing Geok Abdullah iaitu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan perintah injunksi bagi menghalang Nadeswaran daripada terus menerbitkan kenyataan yang serupa terhadap Datuk Mohamad Salim. Perkataan fitnah yang didakwa dibuat oleh Nadeswaran membawa maksud bahawa Mohamad Salim kononnya menyembunyikan asal-usulnya dan seorang yang tidak jujur serta menipu rakyat untuk mempercayai beliau ialah seorang bumiputera. Datuk Mohamad Salim juga mendakwa bahawa perkataan Nadeswaran itu menggambarkan beliau adalah seorang pencuri tanah dan terlibat dalam tawaran pengambilan tanah secara haram serta rasuah antaranya dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.






Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa kenyataan dalam twitter itu adalah tidak benar dan beliau adalah kaum Bumiputera berketurunan Pakistan dan tidak pernah menyembunyikan data berkenaan.



p/s - Think before you Tweet. =)



(KAMAR AINAA KAMARUDDIN)

No comments:

Post a Comment