Friday 1 June 2012

FITNAH! Di Media Sosial.


Jenayah fitnah merupakan suatu jenayah yang boleh berlaku sama ada di alam nyata mahupun di alam siber, tambah-tambah lagi dengan adanya kemudahan laman laman rangkaian media social yang membolehkan seseorang berinteraksi dan bertukar pendapat malah memberikan informasi atau dokumen dengan hanya menekan dihujung jari. Jadi dengan adanya medium perinteraksian seperti media-media social seperti ini, tidak mustahillah seseorang boleh menyatakan kepada seseorang yang lain sesuatu yang tidak benar atau sebagainya dan menyebarkan khabar angin yang tidak betul dan seterusnya menjadi sesuatu fitnah.

Umumnya fitnah adalah suatu pertuduhan palsu yang direka-reka terhadap seseorang bertujuan untuk menjatuhkan maruah, nama baik atau kedudukan seseorang. Sebagaimana maklum, firnah boleh dilakukan secara lisan ataupun bertulis, dan kini ia juga boleh dilakukan melalui computer. Sifat fitnah sama ada fitnah dilakukan di alam nyata atau fitnah yang dilakukan melalui komputer adalah sama sahaja dan impaknyanya juga adalah sama.

Fitnah telah diperuntukan  sebagai suatu jenayah khusus dalam kanun keseksaan di Bab 21, dari seksyen-seksyen 499-502. Seksyen 499 telah mentakrifkan perkataan “fitnah” dengan agak terperinci dan menyeluruh.

Penjenayah yang didakwa dengan jenayah firnah ini jika disabitkan, boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali. Fitnah yang disebarkan melalui internet juga boleh termasuk dibawah peruntukan fitnah yang terkandung dalam Kanun-Keseksaan ini. Ini adalah kerana ia terjumlah kepada”pernyataan zahir… menyiarkan apa-apa tomahan mengenai seseorang.” Yang membezakannya dengan fitnah biasa ialah cara bagaimana ia dilakukan, iaitu melalui internet di dalam komputer dan tidak lebih daripada itu, sedangkan tujuan dan motif penjenayah adalah sama iaitu merosakkan nama baik seseorang. Justeru, seksyen 499 boleh digunakan kepada fitnah yang dilakukan di alam siber ataupun media social jikan mematuhi syarat dan kecualian yang dimaktubkan dalam kanun keseksaan tersebut.

Selain daripada itu, peruntukan dalam seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga mungkin terpakai memandangkan subseksyen (1) seksyen berkenaan juga memasukkan perkataan-perkataan seperti “apa-apa komen….komunikasi lain yang…palsu….atau jelik sifatnya, dengan niat untuk menyakiti hati, menganiyai…orang lain”. Frasa yang dimaksudkan ke dalam seksyen berkenaan juga boleh diterima pakai dalam kes-kes yang melibatkan firnah yang dilakukan di komputer and ini juga termasuklah di media-media social seperti facebook, twitter dan sebagainya. Walaubagaimanapun, hukuman dibawah akta inimungkin lebih ringan berbanding dengan hukuman yang diperuntukan di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan.


Rujukan lanjut, pengguna dinasihati membeli buku:"JENAYAH BERKAITAN DENGAN KOMPUTER" ditulis oleh Anita Abdul Rahim dan Nazura Abdul Manap.

Thursday 31 May 2012

PENGUMUMAN!!!!!!!!

Parlimen telah menetapkan bahawa pindaan seksyen 114A Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat kuasakan bermula 1 Jun 2012 dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti di atas talian memandangkan medium media sosial ini semakin berkembang bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Tambahan pula, semakin menjadi-jadi isu pengguna Internet yang menggunakan nama samaran atau ketanpanamaan oleh pihak-pihak yang ingin melakukan jenayah siber. Hal ini amat sukar bagi pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan terhadap pegguna-pegguna Internet seperti ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz pernah menyatakan bahawa,
“Penggunaan nama samaran (oleh mana-mana pihak) amat menyukarkan pihak pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan dan penguatkuasaan kerana amat sukar untuk mendapatkan keterangan daripada nama samaran. “Itulah kita terpaksa meminda Akta ini supaya kita dapat mendakwa dan mentaksirkan kesalahan kepada mereka yang menggunakan nama samaran,”
Pindaan yang bakal dilaksanakan ini telah menetapkan bahawa para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Misalnya, jika mana-mana pengguna menghantar sebarang ulasan pada blog, laman Facebook atau akaun twitter dan lain-lain maka anda akan dipertanggungjawabkan ke atas sebarang perkara yang dikongsikan melalui medium media sosial tersebut.
Selain itu, pindaan tersebut turut menetapka sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun apa-apa medium media sosial yang lain dengan menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah. Dalam hal ini, jika anda tidak bersalah anda perlu membuktikan sebaliknya.
Kesimpulannya, masyarakat haruslah menjaga dan mengguna peranti dan rangkaian internet dengan sebaik mungkin dan perlu berhati-hati dalam menggunakan kemuadahan media sosial ini. Jangan jadikan alam maya ini sebagai musuh kepada negara dan masyarakat, seperti racun yang merebak sehingga tidak terkawal lagi dan boleh menggoyahkan keharmonian negara tercinta.

UNDANG-UNDANG BERKAITAN 2

Media sosial merupakan satu medium yang terbaik untuk memudahkan perhubungan atau komunikasi secara pantas dan menjimatkan. Sebagai contoh, satu perniagaan akan cepat berkembang dan mudah menarik perhatian pelanggan sekiranya taktik pemasaran mereka menggunakan medium sosial yang ada seperti Facebook, Twitter dan sebagainya.

Namun, setiap perkara yang baik mesti ada keburukannya dan perkara yang sama juga berlaku jika kita sebagai pengguna media sosial ini menyalahgunakannya untuk tujuan jahat seperti khianat, fitnah dan jenayah-jenayah lain.

Undang-undang yang ada di Malaysia boleh digunakan bagi melindungi mangsa yang teraniaya mahupun untuk mensabitkan kesalahan jenayah terhadap tangan-tangan yang bertanggungjawab melakukan jenayah di alam siber.


Di antara peruntukan undang-undang  Malaysia yang boleh digunapakai kepada jenayah siber adalah :-
Kanun Kesiksaan
Akta Hakcipta
Akta Keselamatan Dalam Negeri
Akta Rahsia Resmi 1972
Akta Hasutan 1948
Akta Penerbitan dan Percetakan 1984
Akta Keterangan 1950
Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973

ISU-ISU SEMASA MENGENAI MEDIA SOSIAL

Populariti media sosial sebagai penyebar maklumat golongan muda


Media sosial seperti facebook,blog dan twitter amat terkenal sebagai penyebar maklumat di kalangan belia. Ini bukannya satu mitos kerana kebanyakan anak muda dapat dilihat ralit dan leka dengan telefon pintar mereka tanpa mengira tempat.

Tinjauan rambang mendapati kelompok berusia antara 18 dan 40 tahun ini yang meliputi 40 peratus penduduk negara, banyak bergantung kepada media sosial seperti Twitter, Facebook dan blog serta portal berita sebagai sumber maklumat.

Namun, jangan terkejut jika dikatakan tidak semua menerima bulat-bulat berita yang disebar menerusi laman terbabit, sebaliknya ramai yang berusaha memastikan kesahihan maklumat termasuk merujuk kepada media arus perdana yang kini mudah diakses menerusi internet.

Berkongsi pandangannya dengan Bernama, Ranes Subramaniam, 27, berkata walaupun maklumat diperolehi dengan cepat menerusi media sosial, seseorang itu harus menggunakan budi bicara dan pemikiran yang rasional dalam menilainya.

Pengurus kewangan itu berkata memandangkan limpahan maklumat di internet mudah diakses, amat penting bagi pengguna memastikan maklumat berkenaan boleh dipercayai.

"Apabila saya membaca sesuatu maklumat yang disebarkan menerusi Twitter, perkara pertama yang saya lakukan ialah mencari berita rasmi dan saya bandingkan kedua-duanya bagi memastikan perkhabaran itu tulen.

"Maklumat daripada media sosial tidak boleh dipercayai sepenuhnya kerana ada yang melibatkan emosi, fahaman politik malah perasaan benci kepada parti atau pemimpin politik," katanya.
Ranes berkata walaupun sosial media alat yang berkesan sebagai bahan bacaan alternatif, laman terbabit juga boleh disalah guna sesetengah orang termasuk ahli politik untuk menyebarkan dakyah mereka.

"Laman terbabit sepatutnya digunakan untuk berhubung dengan orang ramai bagi membincangkan dasar negara, bersetuju atau tidak bersetuju mengenainya dan banyak lagi. Dengan cara ini, dapat membantu meningkatkan kesedaran umum," katanya.

Bagi Norsyafiqah Abu Samah, 24, yang mengaku 'penagih' media sosial, beliau berasa tidak selesa untuk hanya bergantung kepada maklumat daripada media sosial.

Bakal doktor dari Universiti Kuala Lumpur itu yang juga seorang penulis blog, berkata media arus perdana masih relevan sebagai sumber sahih.

"Saya dan kawan-kawan di kampus tidaklah begitu naif untuk percaya bulat-bulat maklumat daripada internet, khususnya media sosial. Banyak lagi sumber lain yang boleh dipercayai untuk mendapat maklumat tepat dan media sosial hanya satu daripadanya," kata Norsyafiqah.

Bersetuju dengan beliau ialah penuntut Universiti Selangor, Muhammad Zaidi Maarof, 25, yang berkata kelonggaran polisi kerajaan mengenai internet wajar dimanfaatkan pengguna untuk mengupas lebih mendalam sebarang isu yang disebarkan medium itu.

Bagi pemerhati politik Khairuddin Mohd Zain, generasi muda kini lebih berhati-hati dalam menerima maklumat serta tahu berfikir secara rasional dan mendalam mengenai sesuatu isu sebelum membuat keputusan mengenainya.

Khairuddin yang juga anggota jawatankuasa alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, berkata belia hari ini bijak menapis maklumat yang diterima baik mengenai politik, ekonomi, pendidikan atau agama.

Beliau juga menegaskan ahli politik dan pembuat dasar wajar menggunakan saluran ini untuk berhubung dengan orang ramai bagi mendapatkan maklum balas.

"Ahli politik sama ada dari parti yang memerintah atau pembangkang, sepatutnya tahu...Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) membawa politik ke dimensi baru apabila beliau sendiri aktif menggunakan rangkaian sosial.

"Ini bermakna beliau berani meruntuhkan benteng antara pemimpin dan orang awam, dan bersedia menerima kritikan langsung jika rakyat berasakan polisinya tidak dilaksanakan dengan baik. Saya anggap ini sebagai bertanggungjawab dan telus," katanya.

Justeru katanya, ahli politik termasuk Ahli Parlimen, pemimpin akar umbi atau badan bukan kerajaan juga harus memikul tanggungjawab mempromosikan cara lebih sihat menyebarkan malumat, memandangkan orang ramai memilih untuk mendapatkan maklumat secara terus daripada mereka.

Bagi pemimpin Belia 4B, Badrul Hisham Badruddin, jika penyebaran maklumat menerusi media sosial tidak dilakukan secara berhati-hati, pada akhirnya golongan muda akan menjadi lebih keliru.

"Ada terlalu banyak sumber...anda cuma perlu 'google' untuk apa sahaja yang anda mahu tahu dan maklumat mengenainya muncul sekelip mata, tetapi bagaimana mahu pastikan itu fakta sebenar?

"Bagi saya, media arus perdana masih boleh dipercayai, namun ini tidak bermakna kita tidak boleh terlibat dalam media sosial. Contohnya Bernama ada laman Facebook dan akaun Twitter sendiri.

"Paling penting di sini ialah melibatkan diri dan orang ramai akan menggunakan media sosial untuk mendapatkan berita daripada media arus perdana," katanya.

Berdasarkan statistik 78 juta 'hit' pada laman web Bernama.com bagi bulan Januari dan Februari lalu, barangkali tidak keterlaluan jika dikatakan semakin ramai kembali merujuk kepada media arus perdana sebagai sumber berita yang bertanggungjawab dan tidak berat sebelah. - BERNAMA


ISU ISU MENGENAI KEGANASAN SIBER DI MEDIA SOSIAL (BULI SIBER)



Pada tahun 2006 dunia mendapat tamparan yang hebat dengan kematian Megan Meier yang hanya berumur 13 tahun dan mengambil keputusan untuk menamatkan hidupnya. Semuanya bermula dengan laman web social. Mangsa tidak pernah berjumpa, jauh sekali berbicara melalui telefon. Namun kerana taksub dengan laman web sosial MySpace, seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dari Missouri, Amerika Syarikat (AS) sanggup mengambil tindakan nekad membunuh diri.


Puncanya bermula apabila Megan Taylor Meier kerap bertukar-tukar mesej dengan seorang lelaki ‘kacak’ dikenali sebagai ‘Josh Evans’ sebelum lelaki itu memberitahu Megan dia tidak mahu berkawan dengannya. Selain itu, Evans yang didakwa berusia 16 tahun turut menggelar Megan perempuan jalang, pembohong, gemuk, tidak disukai rakan lain serta tidak diperlukan lagi di dunia ini. Disebabkan tidak tahan dengan cercaan sehingga mengalami tekanan perasaan, Megan yang menjadi mangsa buli siber mengambil keputusan drastik menggantung dirinya dalam almari pakaian biliknya pada 16 Oktober 2006. Namun apa yang tidak diketahui Megan sebelum dia membunuh diri, Josh adalah nama palsu dan dia sebenarnya jiran Megan — seorang wanita yang tinggal di lorong sama dengan rumahnya di Dardenne Praire, St Louis, Missouri, AS.

Kanak-kanak yang melayari internet lebih terbuka mindanya. Hakikatnya, ia suatu perkembangan yang selaras dengan perkembangan teknologi serta memastikan generasi muda tidak ketinggalan serta kaedah berkesan melahirkan pelapis yang celik Teknologi Maklumat (IT). Namun, kanak-kanak yang tidak dikawal penggunaan internet sebenarnya terdedah dengan risiko diserang pembuli siber yang boleh mengakibatkan tekanan, gangguan perasaan serta terasa diancam.

Walaupun kes buli siber di Malaysia tidak dianggap sebagai ancaman, tetapi ia suatu yang perlu disedari dan diakui boleh mengganggu pengguna internet khususnya generasi muda yang baru berjinak dengan dunia teknologi. Di negara maju seperti Amerika Syarikat, kebanyakan kejadian berlaku berikutan kanak-kanak mudah terpengaruh dengan watak dalam permainan internet. Mereka turut mengamalkan sikap yang sama ketika berkomunikasi dengan pengguna lain di internet.

Pasukan penyelidik Universiti California, San Francisco dan University of Pittsburgh Amerika Syarikat pada April 2006 mengesahkan wujudnya kaitan antara keganasan yang digambarkan dalam permainan komputer dengan kelakuan kasar bersifat anti sosial. Kajian mendapati, lelaki berumur 18 hingga 21 tahun daripada etnik kecil dan mempunyai latar belakang sosioekonomi berbeza gemar bermain permainan keganasan tahap rendah, contohnya permainan Simpsons: Pukul Dan Lari.

Satu kelompok lagi sukakan permainan keganasan peringkat tinggi seperti Grand Theft Auto III. Watak pemain Grand Theft Auto merujuk kepada peranan seorang penjenayah yang diambil bekerja oleh mafia menggunakan seekor kelawar besbol memukul peniaga ubat dan menjadikan ubat jualan itu khas untuk pelacur diambil bekerja oleh mafia. Watak Men dalam Grand Theft Auto dikatakan sentiasa tertekan, sikap negatif, kelakuan tidak suka bekerjasama, lebih konflik dalam interaksi sosial, sikap permisif (terbuka) terhadap menggunakan alkohol dan ganja, berbanding dengan yang yang dimainkan The Simpsons.

Di Malaysia, walaupun kes membabitkan siber buli tidak banyak dilaporkan, tetapi wujud kecenderungan itu cuma tidak dilaporkan kerana sikap tidak peduli pengguna internet atau masyarakat yang menganggap ia sebagai remeh.

Berdasarkan statistik terbaru Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM), sehingga September 2007, ada 11.7 juta penduduk menggunakan internet secara langganan ‘dial-up’ manakala 1.2 juta lagi menggunakan kemudahan teknologi itu secara langganan jalur lebar. Daripada jumlah itu, kajian mendapati 46 peratus daripada pelayar web di Malaysia melayari laman sosial seperti Friendster, MySpace®, Xanga, Atau Facebook dan kebanyakan mereka seronok menghantar dan berkongsi profil peribadi, gambar tanpa menyedari maklumat mereka direkod pihak tertentu.

Kebanyakan mereka yang gemar berkongsi maklumat dengan rakan, sama ada melalui laman web sendiri atau blog dengan mendedahkan maklumat sebenar mereka berisiko untuk dibuli atau diancam. Pengurus Pemasaran Serantau, Perniagaan Pelanggan Symantec bagi Rantau Asia Selatan, Effendy Ibrahim berkata, berdasarkan kajian, walaupun kes serangan siber di Malaysia tidak banyak dilaporkan berbanding negara maju, pihaknya percaya apa yang berlaku di sana juga boleh berlaku di sini. Ini kerana katanya, kira-kira 42 peratus daripada jumlah keseluruhan pengguna internet di Malaysia adalah remaja berusia 24 tahun ke bawah dan kanak-kanak.

“Kanak-kanak adalah golongan paling berisiko menghadapi serangan itu kerana mereka dikategorikan sebagai ‘mangsa yang mudah’ berbanding orang dewasa yang lebih matang.

“Ia boleh dilakukan sesiapa saja, sama ada kanak-kanak, remaja dan kadangkala orang dewasa juga terbabit,” katanya.

Mengikut Seksyen 223, Akta Komunikasi Dan Multimedia, sebarang komen, permintaan, cadangan atau setiap komunikasi yang kedengaran lucah, tidak senonoh, palsu, mengancam atau serangan dengan niat untuk menjengkelkan, memaki, mengancam atau mengacau orang yang lain dianggap suatu kesalahan. Pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun.


                             Antara mangsa pembulian yang lain ialah Ryan



  • 7/10/2003, Vermont, US- Ryan Patrick Halligan, remaja 13 tahun, menjadi mangsa buli rakan2 sebaya di alam realiti & juga melalui internet







  • rakan2 nya menyebarkan fitnah menyatakan Ryan adalah seorang lelaki 'gay'. Fitnah memalukan itu disebarkan melalui mesej segera (instant messaging)





  • selain itu, seorang rakan perempuannya juga mengaibkannya dengan berpura-pura menyukai Ryan tetapi sebenarnya hanya mahu mendapatkan maklumat peribadi Ryan sahaja melalui laman sembang/instant messaging di internet. itu adalah bertujuan untuk menyebarkannya di instant messaging rakan-rakan lain & juga di sekolah.





  • Ryan berjumpa dgn perempuan tersebut dan memberitahu, "It's girls like you who make me want to kill myself".





  • Ryan akhirnya membunuh diri di bilik air rumahnya





  • kesan daripada kematian tersebut; 7 bulan selepas kematiannya, wujud "Vermont's Bully Prevention Law, Act 117"





  • Ditulis oleh: Sarah Safia binti Kamal Fasha

    untuk maklumat lanjut boleh merujuk: http://keganasansiber.blogspot.com/2010/03/kematian-ryan-halligan.html
    ISU ISU SEMASA MEDIA SOSIAL DISEKELILING DUNIA


     Ditulis oleh: Sarah Safia binti Kamal Fasha


    Laman  rangkaian media sosial terus menjadi salah satu komoditi yang paling hangat di pasaran antarabangsa. Tanya saja pada rakyat mesir, di mana media sosial memainkan peranan peting dalam revolusi negara mereka baru baru ini.

    Oleh kerana bilangan orang yang dikaitkan kepada kenaikan laman ini, aplikasi perisian dan tempat-tempat yang disediakan untuk pengguna berkembang dengan serta. Walaupun terdapat beberapa artikel yang bercakap tentang kematian laman seperti MySpace dan Friendster, ia seolah-olah laporan ini terus dibesar-besarkan sangat.

    Populariti aplikasi permainan Facebook dan yang berkaitan terus meningkat dan dijangka akan menyaksikan lebih banyak pertumbuhan dalam beberapa tahun yang akan datang. Twitter pula menjadi tarikan segera bagi berjuta-juta orang di seluruh dunia, manakala laman rangkaian media sosial pula semakin hari semakin meningkat pasaran sahamnya..

    Walaupun kita lihat laman rangkaian sosial gergasi-gergasi ini yang mendominasi pasaran AS,  namun dapat dilihat juga di seluruh  pelusuk dunia mendedahkan media pasaran yang lebih pelbagai dan membuka banyak peluang kepada masyarat secara umumnya.

    Brazil
    Orkut masih sehingga kini dikatakan rangkaian media sosial yang paling popular di Brazil, dengan hampir 30 juta pengguna yang direkodkan dalam satu bulan mengikut  berita daripada pengumpulan data firma Alexa baru-baru ini. Orkut pada asalnya dimiliki dan dikendalikan oleh Google dan pada mulanya Orkut hanya boleh dimasuki oleh pengguna melalui jemputan daripada pengguna yang sedia ada. Hari ini, sesiapa sahaja boleh menyertai dan berhubung dengan rakan-rakan melalui laman ini.

    Twitter juga merupakan laman rangkaian media sosial yang popular di Brazil, 20 peratus daripada pengguna  Internet di Brazil dilaporkan melakukan aktiviti di rangkaian ini.

    Mexico
    Aplikasi pesanan terus (instant messenger application) kekal sebagai media sosial yang biasa digunakan di Mexico, hal ini adalah kerana kemudahalihan mudah perisian, mengikut carian terkini daripada WebCertain Andy Atkins-Kruger dan Laporan Sosial 2010.

    Twitter dan Facebook juga semakin popular dengan kira-kira 50 peratus daripada pengguna internet di Mexico aktif menggunakan Facebook .

    Walaubagaimanaapun, akses kepada penggunaan internet adalah terhad kepada hanya lebih 25 peratus daripada penduduk Mexico sahaja, jadi potensi untuk pertumbuhan dalam pasaran ini diterokai memberi sasaran kepada penubuhan laman media sosial yang baru.

    China

    Satu kunci kejayaan laman media sosial di Cina seperti Kaixin001 dan Xing Golden Shield Project ialah ia dikuatkuasakan oleh kerajaan China. Firewall kebangsaan seperti adanya media sosial mereka sendiri, kerajaan bertindak dengan menghalang laman web seperti Facebook dan Twitter.

    walaupun di bawah sekatan ini, laporan terkini daripada Alexa menunjukkan bahawa lebih 45 peratus daripada pengguna Internet di China mengambil bahagian dalam beberapa cara di pentas media sosial, dengan adanya forum internet dan juga blog yang menjadi pilihan popular dalam kalangan kebanyakan rakyat di negara ini.


    India
    Dengan tiada kekangan yang dialami dalam pasaran rangkaian sosial seperti Cina, Orkut dan Facebook telah bersaing untuk bahagian mereka sebagai rangkaian paling popular di alam siber sudah beberapa tahun di India sejak dahulu lagi.

    Akhirnya Facebook mendapat tumpuan yang lebih berbanding Orkut, dengan 20 juta pengguna daripada 19 juta pengguna oleh Orkut pada tahun lalu. Ini dijangka meningkat kerana lebih ramai pengguna media sosial tertarik kepada asas penonton Facebook yang lebih besar dan pelbagai aplikasi yang lebih luas.

    Jepun
    Twitter sedang pesat membangun dan menjadi suatu media sosial yang paling popular di Jepun, namun, rangkaian media sosial tempatan Jepun seperti Mixi dan Gree yang masih mengekalkan penguasaan ke atas pasaran media sosial, mengikut statistik Socialbakers.

    Mobage yang popular di Jepun dan direka khas untuk telefon bimbit. Rayuan sebahagian besarnya adalah hasil mudah dialihkan dan menyediakan permainan percuma pada platform media sosial.

    Korea
    Korea merupakan negara yang laman webnya kaya dengan animasi. Dengan antara muka yang membangkitkan permainan video "The Sims," Cyworld mempunyai lebih 20 juta pengguna di Korea dan laman  rangkaian sosial paling popular di negara ini. Serupa juga kepada Facebook, Cyworld boleh digunakan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan dan telah  mendapat bilangan pengguna komersial.

    Laman  rangkaian tempatan menguasai pasaran Korea, dengan Facebook jauh  ketinggalan pada kira-kira 1.5 juta pengguna. Dalam artikel terkini di Korea JoongAng harian melaporkan bahawa Facebook telah  mula untuk merapatkan jurang dengan Cyworld dan boleh memintas ia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

    Rusia
    Datang pada empat nombor dalam ketepuan media sosial jumlah pasaran Rusia dikuasai oleh rangkaian tempatan, termasuk VKontakte dan Kenangan. Laman-laman ini mencecah lebih daripada 100 juta pengguna, menurut Alexa.

    VKontakte menjaditempat pertama dalam bahagian pasaran di kalangan pengguna media Rusia dan Ukraine dan menawarkan banyak ciri yang sama seperti Facebook bersama-sama dengan akses kepada fail video dan muzik. Banyak firma Rusia menggunakan VKontakte yang untuk merekrut, menjadikannya pilihan popular di kalangan pelajar kolej dan graduan baru-baru ini.
    Amerika Syarikat
    Dengan lebih daripada 133 juta pengguna di Amerika Syarikat, Facebook telah mencapai ketepuan pasaran lebih 50 peratus daripada semua pengguna Internet di negara ini. YouTube, MySpace dan Twitter keliling mendapat tempat teratas dalam pilihan masyarakat Amerika S.

    Lebih daripada 75 peratus penduduk AS mempunyai akses kepada Internet, jadi angka-angka ini adalah gambar yang lebih menarik apabila dimasukkan ke dalam konteks.

    Trend & Pertumbuhan Masa Depan
    Di seluruh dunia masa yang diluangkan dalam talian semakin meningkat dengan pesat, terutamanya di kalangan pengguna telefon bimbit.

    Kajian oleh Analytics Strategi baru-baru ini menunjukkan bahawa bilangan orang yang menggunakan telefon bimbit mereka untuk mengakses Internet adalah empat kali ganda dalam tempoh empat tahun yang lalu. Sebahagian besar masa itu peningkatan dibelanjakan untuk pembangunan rangkaian sosial.

    Menurut data yang dikumpul oleh Universal McCann Media Research Sosial Antarabangsa, banyak kandungan baru yang boleh didapati di Internet yang dihasilkan di rantau Asia, dengan masyarakat yang terbesar blogger di dunia yang terletak di China dan Jepun.

    Secara keseluruhannya, kandungan video adalah segmen paling pesat berkembang pasaran media sosial. Manakala Facebook dan Twitter dijangka meneruskan pengembangan mereka ke dalam pasaran dunia, potensi untuk khusus tempat media sosial kekal tinggi dan selera di seluruh dunia untuk permainan dan aktiviti media sosial dijangka tidak dapat disangkal lagi dalam tahun-tahun akan datang.



    PEMILIKAN KANDUNGAN MEDIA SOSIAL

    Kandungan media sosial diperolehi melalui interaksi media sosial yang telah dilakukan oleh pengguna-pengguna pada sesuatu rangkaian atau laman sosial yang disediakan. Terdapat isu yang berbangkit mengenai pemilikan kandungan media sosial ini memandangkan isi kandungan media sosial tersebut dihasilkan oleh pengguna-pengguna manakala sesuatu rangkaian atau laman sosial itu kendalikan oleh syarikat-syarikat tertentu. Syarikat-syarikat tersebut mendapat hasil yang lumayan daripada kandungan media sosial yang dihasilkan oleh para pengguna manakala pengguna tidak mendapat apa-apa keuntungan walaupun idea-idea mereka telah disalurkan di dalam sesuatu laman sosial tersebut. Malahan data-data peribadi pengguna turut diserahkan kepada pihak ketiga atas dasar kepentingan ekonomi. Apakah pendapat anda berikutan isu ini?


    (Kamar Ainaa Kamarudin)

    Pada pendapat saya, syarikat-syarikat yang terlibat telah menceroboh privasi pelanggan mereka atau pengguna yang didaftarkan di bawah mereka. Maklumat yang kepunyaan pengguna adalah sulit dan hanya terhad pada rangkaian mereka. Syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan tersebut tidak mempunyai hak untuk menyerahkan data peribadi kepada pihak lain.


    Apakah jenis maklumat yang mempunyai media sosial?
    Gambar, butir-butir peribadi, pesanan peribadi dan juga aktiviti yang kita lakukan di internet. Maklumat ini adalah sangat bernilai kepada pihak ketiga untuk memasarkan produk mereka. Maklumat ini juga boleh digunakan untuk menjual di pasaran gelap untuk keuntungan. Satu hari nanti kita bakal melihat gambar atau maklumat kami terdedah di laman web atau iklan.


    Kita boleh melihat di Facebook di mana terdapat satu masa yang mereka mahu menjual maklumat kepada pihak lain di mana menjadi tajuk berita besar di seluruh dunia. Ini adalah salah satu sebab kita harus sedar apa sahaja maklumat yang kami disertakan pada rangkaian atau laman web sosial seperti itu.

    Wednesday 30 May 2012

    [Video] Social Media: Recent Developments and Legal Considerations



    (Chong Chyaw Yee)

    [Video] Legal Implications of Social Media



    Posted by Chong Chyaw Yee.

    [Video] "You tweeted WHAT?": Legal risks of social media



    Posted by Chong Chyaw Yee.

    [Video] Tracking A Nation - Privacy Laws in a Digital Era



    Posted by Chong Chyaw Yee.

    [Video] Social Media Privacy



    Posted by Chong Chyaw Yee.

    Media Sosial dan Implikasi Undang-undang [Hak Privasi Atas Talian]

    Beberapa tahun kebelakangan ini, media sosial telah menjadi sesuatu yang sangat popular di negara ini. Penerbitan artikel, teks, gambar dan video menjadi begitu mudah sekali. Dengan hanya satu klik sahaja semua bahan akan diuploadkan di laman web. Sedemikian daripada itu semakin banyak bahan yang berbagai bentuk, sama ada baik atau buruk, diedarkan di komuniti media sosial.

    Walau bagaimanapun, wujud garisan yang kabur antara kehidupan peribadi dan awam seseorang pada zaman media sosial ini. Apabila seseorang upload maklumat peribadi, gambar, teks atau video di laman web media sosial, dia tidak akan mampu mengawal peredaran dan pengagihan bahan-bahan tersebut. Sering kali, bahan yang diletakkan di atas laman web akan dikongsi oleh pihak ketiga. Walaupun tahap privasi boleh ditetapkan contohnya sebagaimana yang berlaku di Facebook, namun maklumat adalah dianggap telah terbocor dan tidak dilindungi oleh pihak laman web. Bagi setiap maklumat dan bahan yang telah diletakkan atas talias, kesulitan seseorang adalah diabaikan. Oleh itu, dikatakan bahawa media sosial telah menjadi satu ancaman terhadap privasi seseorang pada zaman sekarang.

    Di Malaysia, undang-undang yang mengawal aktiviti atas talian dan kandungannya, termasuk terhadap media sosial tetap sama. Contohnya undang-undang fitnah, cap dagangan, hak cipta, Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan sebagainya.

    Selain itu, CyberSecurity Malaysia juga telah memperkenalkan satu garis panduan internet yang dikenali sebagai Amalan Terbaik Bagi Laman Perangkaian Sosial (SNS) yang digunakan dalam melindungi keselamatan pengguna di laman web dan memelihara privasi pengguna.

    Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 telah dikatakan dapat memperkukuhkan perlindungan terhadap maklumat peribadi serta privasi pengguna di atas talian. Namun keberkesanan akta baru ini masih dipantaui. Kesimpulannya, adalah penting bahawa hak privasi setiap individu dilindungi dan dipelihara.

    Ditulis oleh Chong Chyaw Yee.

    Media Sosial dan Implikasi Undang-undang [Sekatan Atas Kebebasan]

    Media sosial pada hari ini telah bertindak sebagai cara untuk berhubung kait dengan kawan-kawan dan sebagai satu medium baru dalam dunia perniagaan. Contoh alat media sosial termasuk Facebook, Twitter, LinkedIn, MySpace, blog seperti WordPress dan Blogger, serta Youtube dan sebagainya. Kemudahan media sosial telah mengubah cara kehidupan kita pada hari ini. Walau bagaimanapun, menulis dan menerbitkan artikel semata-mata tanpa pemeriksaan boleh menyebabkan seseorang individu atau syarikat terbabit dalam tuntutan mahkamah. Undang-undang yang mengawal perbuatan dalam kehidupan seseorang telah diperluaskan ke dunia siber.

    Dalam sebuah kes pada tahun 2012, Datuk Mohamad Salim Fateh Din v R. Nadeswaran, seperti yang dilaporkan dalam New Straits Times pada bulan Mei ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengarahkan wartawan atau defendan dalam kes ini membayar ganti rugi sebanyak RM500, 000 kepada plaintif atas sebab menerbitkan dua Tweets di atas Twitter yang bersifat fitnah antara Julai dan Disember 2010. Telah dilaporkan bahawa kes ini telah dilihat sebagai satu precedent undang-undang di Malaysia terhadap libel siber melalui penggunaan Twitter kerana kes ini adalah kes pertama yang memberi kehakiman yang seumpama di negara ini.

    Satu lagi kes pada tahun 2011 di mana kes ini melibatkan seorang aktivis sosial, Fahmi Fadzil yang dilaporkan bertindak menerbitkan post yang bersifat fitnah terhadap seorang penerbit perempuan di sebuah majalah, Blulnc Media & Female Magazine. Kes ini telah diselesaikan di luar mahkamah. Akibat perkataan fitnah yang ditulis oleh beliau, beliau terpaksa memohon maaf 100 kali di atas Twitter terhadap penerbit majalah tersebut, di mana pada masa tersebut beliau mempunyai kira-kira 4,200 pengikut Twitter.

    Dengan undang-undang kesalahan terhadap fitnah, hasutan dan sebagainya diperluaskan kepada media sosial, kebebasan yang lazimnya dimiliki oleh pengguna internet menjadi terhad dan tertakluk kepada undang-undang. Ini telah dikatakan akan membawa impak dan kesan kepada pengguna media sosial dan menjejaskan cara mereka berkelakuan di atas media sosial. Hal ini demikian kerana ia menjadi terlalu mudah untuk terjerumus ke dalam kategori liabiliti dari segi undang-undang sivil dan kesalahan jenayah.

    Dahulu, perkataan dan artikel ditulis tanpa perlu diperiksa sebelum diterbitkan di media sosial serta tanggungjawab terhadap apa yang ditulis di atas internet bukanlah satu isu. Walau bagaimanapun keadaan berubah pada masa kini. Sebagai contoh, untuk membuktikan kesalahan fitnah, seseorang itu perlu membuktikan bahawa terdapat penerbitan kepada orang ramai mengenai perkataan yang berfitnah, dan sekarang, dengan sifat media sosial yang sangat mudah menerbit artikel, ia menjadi terlalu mudah untuk memenuhi elemen ini.

    Apa yang telah membimbangkan para pengguna internet ialah sekatan dan penguatkuasaan undang-undang ke atas media sosial akan menjadi satu ancaman kepada pengguna media sosial. Pengguna diminta untuk bertanggungjawab terhadap segala yang  ditulis oleh mereka dan segala yang ditulis mesti dibuktikan kebenarannya terleh dahulu.

    Seperti pensyarah kanan di Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi Universiti Utara Malaysia, Dr Adrian M. Budiman, berkata "Sosial media bukan lagi satu media yang bebas dan apa-apa yang ditulis mungkin mempunyai implikasi undang-undang".

    Ditulis oleh Chong Chyaw Yee.

    Media Sosial dan Implikasi Undang-undang [Evidence (Amendment) (No 2) Act 2012]

    Pada bulan Mei 2012, Parlimen telah meminda undang-undang baru ke dalam Akta Keterangan dengan memasukkan S.114A ke dalam Akta yang menjelaskan ‘presumption of fact in publication’. S.114A Akta Keterangan menyatakan:

    1. a person whose name, photograph or pseudonym appears on any publication depicting himself as the owner, host, administrator, editor or sub-editor, or who in any manner facilitates to publish or re-publish the publication is presumed to have published or re-published the contents of the publication unless the contrary is proved.
    2. a person who is registered with a network service provider as a subscriber of a network service on which any publication originates from is presumed to be the person who published or re-published the publication unless the contrary is proved.
    3. any person who has in his custody or control any computer on which any publication originates from is presumed to have published or re-published the content of the publication unless the contrary is proved. (Computer here means any data processing device, including tablets, laptops and mobile phones.)

    Di bawah undang-undang yang baru dipinda ini, seseorang akan dianggap bertanggungjawab ke atas mana-mana post/artikel yang telah dicatatkan melalui rangkaian berdaftar yang dimiliki olehnya. Sekiranya terdapat pihak lain yang menerbitkan post yang berunsur hasutan di Facebook wall anda, atau menggunakan akaun WiFi anda untuk memuatnaik dokumen-dokumen yang bersifat kontroversi, atau menulis blog yang kandungannya dilarang oleh undang-undang atas nama anda, anda akan tetap dianggap sebagai penerbit dan pemilik kandungan post tersebut dan akan didakwa di bawah mana-mana undang yang berkaitan.

    Dari sini, kita boleh melihat bahawa undang-undang yang baru dipinda ini adalah bertentangan dengan maxim undang-undang iaitu ‘anggapan tidak bersalah’ yang bermakna seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah; manakala dalam situasi yang baru ini, seseorang adalah bersalah sehingga dibuktikan tidak bersalah. Ini adalah bertentangan dengan apa yang perlu dilindungi di bawah hak asasi manusia. Pindaan itu tidak hanya melanggar hak asasi manusia, tetapi ia juga membawa ketidakadilan dari segi undang-undang. Terdapat kemungkinan bahawa para penyiasat dan pihak berkuasa boleh menyalahgunakan undang-undang dan memaksa pihak yang didakwa, sama ada individu atau syarikat.

    Selain itu, ia adalah bukan mustahil untuk melakukan hacking dan manipulasi dalam dunia siber digital, atau boleh saya katakan, hack media sosial adalah terlalu mudah bagi mana-mana pihak yang bertujuan untuk menggodam dan memanipulasikan media sosial, pindaan itu adalah berbahaya kerana dengan segala adalah boleh digodam dan ia menjadi terlalu sukar untuk membuktikan seseorang itu tidak bersalah. Bukti-bukti elektronik yang tidak jelas menyebabkan pembuktian bahawa seseorang itu bukan penerbit yang sebenar di bawah rangkaian hacking adalah amat sukar.

    Di samping itu, pindaan ini juga merupakan satu ancaman kepada kebebasan bercakap dan bersuara di bawah Perkara 11 Perlembagaan. Ia dilihat sebagai cara yang secara tidak langsung mengawal kebebasan bersuara dan kebebasan media kerana pemilik laman web adalah bertanggungjawab untuk semua post, walaupun post itu sebenarnya ditulis oleh orang lain selain daripada penerbit laman.

    Walaupun terdapat kesukaran dalam mengesan pihak yang melakukan jenayah siber atau menyebarkan artikel-artikel hasutan dengan penggunaan nama samaran dalam media sosial, namun hak pengguna sosial media tidak patut diabaikna. Undang-undang adalah penting untuk melindungi hak-hak rakyat dan kuasa yang diberi oleh undang-undang tidak harus disalahgunakan.

    Ditulis oleh, Chong Chyaw Yee (cyee109@gmail.com)

    Selebriti dan Twitter

    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya akan berkongsi 2 kes Amerika Syarikat mengenai selebriti dan media sosial. Enjoy! =)


    1) Simorangkir v Love (2009)
    Dawn Simongkir (plaintif), seorang pereka fesyen telah menyaman seorang ahli muzik Courtney Love (defendan), kerana defendan telah membuat kenyataan bahawa plaintif adalah seorang pengedar dadah, pelacur, pencuri, dan banyak lagi. Defendan bukan sahaja membuat kenyataan itu di Twitter, tetapi juga di Myspace dan Etsy. Pergaduhan plaintif dan defendan bermula apabila defendan tidak berpuas hati dengan hasil rekaan plaintif dan enggan membayar. Defendan kemudiannya meluahkan rasa tidak puas hatinya di lawan web Twitter, Myspace dan Etsy. Plaintif mendakwa bahawa ini telah menjejaskan nama baiknya dan juga memberi kerugian besar kepada bisnesnya.


    Defendan berhujah bahawa kenyataannya itu hanyalah suatu bentuk pendapat dan plaintif tidak dapat membuktikan bahawa kenyataan tersebut memberi kesan terhadapnya. Walau bagaimanapun mahkamah telah memerintahkan defendan membayar $430,000 kerana kenyataan fitnah tersebut.


    2)Siegal v Kardashian
    Defendan mempunyai kontrak untuk menjadi seorang jurucakap Quicktrim. Pada Oktober 2009, laman web Siegal Diet Cookie telah menyatakan bahawa Kim Kardashian (defendan) sedang menjalani diet 'cookie weight loss program' itu. Apabila defendan mengetahui akan perkara tersebut, defendan dan peguamnya menyuruh membuang kenyataan itu. Plaintif telah membuang kenyataan tersebut akan tetapi defendan telah membuat kenyataan di laman Twitter-nya 'Dr. Siegal's cookie diet is falsely promoting that I'm on this diet. NOT TRUE! I would never do this unhealthy diet! I do QuickTrim!' dan kemudiannya menyatakan 'If this Dr. Siegal is lying about me being on this diet, what else are they lying about?'


    Dr. Siegal merasakan kenyataan tersebut dapat menjejaskan perniagaan mereka. Pada Disember 2009, mereka telah memfailkan saman fitnah terhadap  defendan dan mendakwa bahawa bahawa kenyataan tersebut boleh membawa kesan negatif dan menyebabkan kerugian berpuluh juta dolar. 

    Setakat ini, kes ini masih belum lagi selesai. Tapi menurut beberapa orang pakar undang-undang, kenyataan defendan itu ditafsirkan sebagai pendapat peribadinya dan dilindungi oleh First Amendment. Walaubagaimanapun, jika mahkamah mendapat sebaliknya, defendan boleh disaman.

    (KAMAR AINAA KAMARUDDIN)

    Tuesday 29 May 2012

    UNDANG-UNDANG BERKAITAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL 1


     
    Terdapat undang-undang terkandung di dalam beberapa akta di Malaysia yang mengawal penggunaan media sosial. Undang-undang ini bertujuan untuk mengawal tindak-tanduk seseorang di alam maya supaya tidak melebihi had-had yang mampu menimbulkan perbuatan yang dilarang disisi undang-undang. Terdapat banyak akta-akta yang berkaitan dengan penggunaan media sosial antaranya ialah:
    a)  Akta Tandatangan Digital 1997- akta ini bertujuan untuk mengawal penggunaan tandatangan digital, menjamin keselamatan bagi hal-hal yang berkaitan perdagangan elektronik dan mengesahkan penggunaan tandatangan digital melaui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pensijilan. Antara produk atau rangkaiaan yang mendapat perlindungan akta ini ialah e-mail, laman web, pelayan perkhidmatan dalam talian dengan menggunakan teknologi enkripsi Secure sockets Layer (SSL) dan Secure Electronic Transaction (SET).
    b)  Akta Jenayah Komputer 1997- akta ini mengandungi peruntukkan berkaitan dengan kesalahan  penyalahgunaan komputer bertujuan untuk melakukan jenayah. Di dalam akta ini dinyatakan bahawa  akses secara tidak sah atau mengubah apa-apa program atau data yang terdapat di dalam sesebuah komputer adalah salah dan boleh dikenakan hukuman. Akta ini juga berkesan kepada apa-apa jenayah yang dilakukan di luar Malaysia walaupun kesalahan tersebut dilakukan oleh seseorang atau dari sesuatu tempat di luar Malaysia selagi mana komputer, program atau data tersebut adalah berada di Malaysia atau boleh dicapai, dihubungkan atau digunakan dengan komputer di Malaysia.
    c)  Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 – akta ini mengawal aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan-perkhidmatan seperti penyiaran tradisional, telekomunikasi dan perkhidmatan atas talian, termasuk kemudahan dan rangkaian yang digunakan dalam memberikan perkhidmatan tersebut, serta kandungan yang dibekalkan menerusi kemudahan-kemudahan dan rangkaian tersebut. Selain itu, akta ini turut mengawalselia aktiviti yang mengandungi unsur-unsur lucah, sumbang, palsu mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera orang lain. Bagaimanapun, tiada peruntukan di dalam akta ini yang membenarkan penapisan Internet.
    d)  Akta Hakcipta (Pindaan) 1997- akta ini dikuatkuasakan bertujuan untuk melindungi pencipta dan penerbit sesuatu karya . orang yang berkarya mempunyai hak-hak ekslusif yang tertentu iaitu karya tersebut tidak boleh dikeluarkan semula, tidak boleh disampaikan kepada orang awam, tidak boleh digunakan oleh orang awam, tidak boleh diedarkan dalam salinan dan tidak boleh disewa secara komersial. Antara karya yang mendapat perlindungan akta ini ialah karya sastera, muzik, seni, filem, rakaman bunyi dan penyiaran. Secara umumnya, hak cipta bagi karya-karya seperti sastera, muzik atau seni wujud sepanjang hayat sehingga 50 tahun selepas kematian pengkarya tersebut. Manakala bagi karya-karya lain pula, jangka masa hak cipta ialah sehingga 50 tahun selepas karya itu mula-mula diterbitkan.
    e)  AKTA FITNAH 1957: mengawal segala informasi atau penulisan dan sebagainya yang mempunyai unsur-unsur fitnah.
    f) AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010: berfungsi dalam memastikan data peribadi mereka tidak disalah guna oleh pihak berkepentingan.
    Telah sedia maklum bahawa media sosial mempunyai kekuatan dan kelemahannya sendiri. Dengan saiz pengguna atau pengikutnya yang besar, kerajaan dan individu perlulah menggunakannya secara kreatif dan inovatif. Disamping itu ianya perlu dikawal dengan baik melalui undang-undang yang wujud supaya dapat mengelakkan penyalahgunaan kemudahan media sosial ini.

    (NAQIAH BINTI AZIZAN)
    DUNIA SIBER DUNIA DI HUJUNG JARI

    Kuasa Magis Media Sosial

    Hai semua! Ha jangan terkejut lah kenapa saya ada kat sini. Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang artikel yang ditulis oleh saudara Syahrul Nizam Junaini, seorang Pensyarah Kanan Fakulti Sains Komputer Dan Teknologi Maklumat Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) tentang evolusi media sosial yang saya rasa agak menarik untuk dibaca disamping memberi pengetahuan yang baru untuk kita semua. :)


    Cetusan revolusi Internet yang bermula sekitar tahun 1990-an telah berjaya mengubah landskap sosioekonomi dunia. Letusannya yang hebat bak gunung berapi di Iceland telah merubah cara kita bekerja, berkomunikasi, bersosial, malah berhibur. Daripada remaja berkulit putih di restoran Starbucks di Broadway, New York hinggalah remaja kulit sawo matang di makmal komputer sekolah di tanah tinggi Bario, Sarawak — kedua-dua kumpulan ini sama-sama merasai gegaran revolusi tersebut.

    Namun tanpa disedari, gempa susulan daripada gegaran itu sedang dan bakal kita rasai. Gempa itu membawa satu lagi fenomena hasil kerja tangan pemain industri media versi 2.0 atau media sosial. Kini media sosial menjadi buah mulut, bermula dengan tarikan blog dan kini disusuli oleh magnet Facebook.
    Malah dalam tempoh kurang tiga tahun kewujudannya, aktiviti bersosial secara maya berjaya menjadi aktiviti paling popular di Internet. Sebelum ini carta aktiviti Internet sekian lama telah diungguli aktiviti muat turun bahan pornografi. Jadi, apakah jampi yang ada pada media sosial yang menjadikannya senjata yang begitu ampuh?
    Buktinya, lihatlah betapa bijaksana Presiden Barack Obama menjinakkan media sosial lalu mengenderainya ke Rumah Putih. Daripada seorang senator yang kurang popular pada 2004, kini beliau muncul menjadi antara ikon kulit hitam paling menonjol dalam sejarah dunia.
    Sepanjang kempen Pilihan Raya Presiden 2008, pengundi muda yang menghabiskan masa berjam-jam melayari blog dipukau supaya singgah ke blog parti Demokratik. Mereka disuntik dengan mesej retorik yang menjadi nadi kepada karisma dan pengaruh beliau.
    Serentak dengan itu, entiti perniagaan mula berbondong-bondong terjun dalam lautan biru ciptaan Facebook. Dari segi sejarah, laman media sosial paling popular di dunia ini telah diasaskan oleh Mark Zuckerberg pada 2004. Beliau cuma merupakan seorang mahasiswa muda ketika itu.
    Beliau pada mulanya menetapkan Facebook hanya bagi kegunaan eksklusif rakan-rakannya di Harvard University. Namun kemudian Facebook diluaskan penggunaannya ke universiti lain seperti di Yale University dan Massachusetts Institute of Technology (MIT).

    Semenjak itu Facebook terus meletup lalu menaiki tangga populariti antara khidmat rangkaian sosial yang paling terkenal di Internet. Kesannya kini sudah melebihi 400 juta pengguna berdaftar Facebook di seluruh dunia, menandingi MySpace, Friendster dan LinkedIn. Malah jika Facebook disamakan sebagai sebuah negara, jumlah populasinya kini adalah yang ketiga paling banyak selepas China dan India. Sebagai perbandingan, laman sosial LinkedIn yang bersifat agak serius cuma mempunyai sekitar 8.5 juta pengguna. Di Malaysia pula, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh CheckFacebook.com, jumlah pengguna Facebook sudah mencecah satu juta orang.
    Selain itu, jumlah laman di Facebook sudah mencecah tiga juta. Dari pasar raya besar (hypermarket) seperti TESCO, sehingga ke pasar peniaga ikan terubuk masin, semuanya berlumba-lumba menambah bilangan peminat setiap hari. Satu perkara yang pasti ialah media sosial menjadi jambatan yang menghubungkan pengeluar terus kepada prospek atau pelanggan.

    Hal ini sekali gus menafikan peranan iklan dalam media tradisional seperti televisyen yang mencecah puluhan ribu ringgit kos masa siarannya. Oleh sebab itu, tidak hairanlah mengapa Paul Dunay, Pengarah Urusan di syarikat Avaya, berpendapat bahawa Facebook telah mengubah keaslian proses pemasaran.
    Di samping itu, berdasarkan penyelidikan terkini terhadap 1 700 orang responden oleh Dr. Utpal Dholakia dari Rice University, syarikat yang menggunakan Facebook didapati berjaya menaikkan jumlah jualan produk atau perkhidmatan.

    Bukan itu sahaja, kajian yang diterbitkan dalam Harvard Business Review ini menyatakan bahawa Facebook mampu mempromosikan jenama dan yang lebih penting ialah mengekalkan kesetiaan pengguna.
    Selain itu, perkembangan terkini terutama yang bersifat tempatan bagi sesuatu peristiwa boleh dibaca pada dinding umum (wall) di Facebook. Malah kadang-kadang hebahan ini mendahului ketangkasan wartawan akhbar bercetak.

    Natijahnya berita sampai kepada kita tanpa perlu diminta. Malah disediakan oleh kenalan kita sendiri (tanpa perlu diupah). Keadaan ini memadamkan sejarah yang dahulunya kita terpaksa beratur bagi membeli akhbar bercetak. Senario ini juga mencetuskan persoalan berkaitan kemandirian media cetak dan majalah yang mungkin bakal berkubur lusa jika tidak esok.

    Dari segi rangkuman pula, walaupun Facebook mengehadkan jumlah rakan cuma kepada 5 000 orang, apabila saling berangkai, jumlahnya jauh lebih tinggi. Hal ini adalah kerana setiap rakan mempunyai maksimum 5 000 orang rakan yang lain.

    Selain itu, kebergantungan kepada media tradisional seperti siaran televisyen percuma juga semakin terhakis. Kesannya pengendali stesen televisyen juga terpaksa tunduk, akur dengan kehebatan Facebook. Buktinya, kebanyakan rancangan televisyen terutama yang bersifat temu bual mengambil input daripada peminat lamannya melalui Facebook. Sebagai contoh, semasa majlis angkat sumpah Presiden Obama, laporan yang disiarkan langsung oleh Cable News Network (CNN) mendapat 8 500 komen dan bilangan kemas kini status bagi setiap minit di Facebook.
    Walaupun secara umum Facebook berjaya menjadi tempat lepak maya rasmi bagi golongan remaja dan belia, statistik pada Februari 2009 pula menunjukkan media ini juga digemari golongan berumur. Buktinya salah satu segmen pengguna yang paling pantas berkembang ialah wanita berumur 55 tahun ke atas.

    Selain itu, Facebook juga menawarkan platform pengiklanan percuma bagi mereka yang bijak menggunakannya. Fungsi fan page, group, event dan sebagainya sangat berkesan jika digunakan dengan betul. Namun, bagi mereka yang ingin menyerahkan kerja periklanan produk mereka kepada Facebook, mereka dikenakan bayaran berdasarkan bilangan kali iklan mereka diklik atau dipaparkan.

    Justeru model niaga (business model) juga harus bergerak seiring kepantasan maklumat bergerak. Jika tidak, para pelanggan akan mengambil inisiatif sendiri bagi mendapatkan maklumat yang diingini mereka, hanya melalui media sosial. Sejurus dengan itu, Facebook juga bijak memanipulasi kewujudannya di alam maya. Laporan terkini oleh Reuters mencatatkan bahawa keuntungan hasil aktiviti perniagaan oleh Facebook mencecah AS$700 juta (RM2260.65 juta) bagi tahun kewangan 2009.

    Selain itu, jelas sekali bahawa kita kini berada dalam era demokrasi dan sosial berbentuk digital. Sesiapa sahaja yang bijak mengurus kewujudannya dalam media sosial akan menjadi pemegang tampuk kuasa.

    Kesimpulannya, media sosial kini sudah berjaya merasuk kehidupan kita. Malah ada yang terleka sehingga keutamaan tugas dan kewajipan lain terjejas akibat terminum racun Facebook. Bagaimana pula kadar ketagihan anda terhadap Facebook? Jika anda tidak senang duduk sepanjang hari selagi tidak dapat mengemas kini status di dinding umum, itu tandanya anda mungkin sudah tersihir dengan kuasa magis Facebook.

    'Ketagih Facebook takpe jangan ketagih benda tak elok sudahla'. lalala~

    (AFIQ NAZRIN ZAHARINAN)

    Media Sosial: Antara Fakta & Dakyah.


    KUALA LUMPUR – Populariti media sosial sebagai penyebar maklumat pada kalangan belia khususnya bukan satu mitos, apatah lagi rata-rata anak muda dapat dilihat ralit dengan telefon pintar mereka tanpa mengira tempat.
    Tinjauan rambang mendapati kelompok berusia antara 18 dan 40 tahun ini yang meliputi 40 peratus penduduk negara, banyak bergantung kepada media sosial seperti Twitter, Facebook dan blog serta portal berita sebagai sumber maklumat.
    Namun, jangan terkejut jika dikatakan tidak semua menerima bulat-bulat berita yang disebar menerusi laman terbabit, sebaliknya ramai yang berusaha memastikan kesahihan maklumat termasuk merujuk kepada media arus perdana yang kini mudah diakses menerusi internet.
    Berkongsi pandangannya dengan Bernama, Ranes Subramaniam, 27, berkata walaupun maklumat diperolehi dengan cepat menerusi media sosial, seseorang itu harus menggunakan budi bicara dan pemikiran yang rasional dalam menilainya.
    Pengurus kewangan itu berkata memandangkan limpahan maklumat di internet mudah diakses, amat penting bagi pengguna memastikan maklumat berkenaan boleh dipercayai.
    “Apabila saya membaca sesuatu maklumat yang disebarkan menerusi Twitter, perkara pertama yang saya lakukan ialah mencari berita rasmi dan saya bandingkan kedua-duanya bagi memastikan perkhabaran itu tulen.
    “Maklumat daripada media sosial tidak boleh dipercayai sepenuhnya kerana ada yang melibatkan emosi, fahaman politik malah perasaan benci kepada parti atau pemimpin politik,” katanya.
    Ranes berkata walaupun sosial media alat yang berkesan sebagai bahan bacaan alternatif, laman terbabit juga boleh disalah guna sesetengah orang termasuk ahli politik untuk menyebarkan dakyah mereka.
    “Laman terbabit sepatutnya digunakan untuk berhubung dengan orang ramai bagi membincangkan dasar negara, bersetuju atau tidak bersetuju mengenainya dan banyak lagi. Dengan cara ini, dapat membantu meningkatkan kesedaran umum,” katanya.
    Bagi Norsyafiqah Abu Samah, 24, yang mengaku ‘penagih’ media sosial, beliau berasa tidak selesa untuk hanya bergantung kepada maklumat daripada media sosial.
    Bakal doktor dari Universiti Kuala Lumpur itu yang juga seorang penulis blog, berkata media arus perdana masih relevan sebagai sumber sahih.
    “Saya dan kawan-kawan di kampus tidaklah begitu naif untuk percaya bulat-bulat maklumat daripada internet, khususnya media sosial. Banyak lagi sumber lain yang boleh dipercayai untuk mendapat maklumat tepat dan media sosial hanya satu daripadanya,” kata Norsyafiqah.
    Bersetuju dengan beliau ialah penuntut Universiti Selangor, Muhammad Zaidi Maarof, 25, yang berkata kelonggaran polisi kerajaan mengenai internet wajar dimanfaatkan pengguna untuk mengupas lebih mendalam sebarang isu yang disebarkan medium itu.
    Bagi pemerhati politik Khairuddin Mohd Zain, generasi muda kini lebih berhati-hati dalam menerima maklumat serta tahu berfikir secara rasional dan mendalam mengenai sesuatu isu sebelum membuat keputusan mengenainya.
    Khairuddin yang juga anggota jawatankuasa alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, berkata belia hari ini bijak menapis maklumat yang diterima baik mengenai politik, ekonomi, pendidikan atau agama.
    Beliau juga menegaskan ahli politik dan pembuat dasar wajar menggunakan saluran ini untuk berhubung dengan orang ramai bagi mendapatkan maklum balas.
    “Ahli politik sama ada dari parti yang memerintah atau pembangkang, sepatutnya tahu…Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) membawa politik ke dimensi baru apabila beliau sendiri aktif menggunakan rangkaian sosial.
    “Ini bermakna beliau berani meruntuhkan benteng antara pemimpin dan orang awam, dan bersedia menerima kritikan langsung jika rakyat berasakan polisinya tidak dilaksanakan dengan baik. Saya anggap ini sebagai bertanggungjawab dan telus,” katanya.
    Justeru katanya, ahli politik termasuk Ahli Parlimen, pemimpin akar umbi atau badan bukan kerajaan juga harus memikul tanggungjawab mempromosikan cara lebih sihat menyebarkan malumat, memandangkan orang ramai memilih untuk mendapatkan maklumat secara terus daripada mereka.
    Bagi pemimpin Belia 4B, Badrul Hisham Badruddin, jika penyebaran maklumat menerusi media sosial tidak dilakukan secara berhati-hati, pada akhirnya golongan muda akan menjadi lebih keliru.
    “Ada terlalu banyak sumber…anda cuma perlu ‘google’ untuk apa sahaja yang anda mahu tahu dan maklumat mengenainya muncul sekelip mata, tetapi bagaimana mahu pastikan itu fakta sebenar?
    “Bagi saya, media arus perdana masih boleh dipercayai, namun ini tidak bermakna kita tidak boleh terlibat dalam media sosial. Contohnya Bernama ada laman Facebook dan akaun Twitter sendiri.
    “Paling penting di sini ialah melibatkan diri dan orang ramai akan menggunakan media sosial untuk mendapatkan berita daripada media arus perdana,” katanya.
    Berdasarkan statistik 78 juta ‘hit’ pada laman web Bernama.com bagi bulan Januari dan Februari lalu, barangkali tidak keterlaluan jika dikatakan semakin ramai kembali merujuk kepada media arus perdana sebagai sumber berita yang bertanggungjawab dan tidak berat sebelah. – BERNAMA
    'Terlajak perahu boleh diundur,
     Terlajak kata buruk padahnya'
    (AFIQ NAZRIN ZAHARINAN)