Showing posts with label Naqiah Azizan. Show all posts
Showing posts with label Naqiah Azizan. Show all posts

Thursday, 31 May 2012

UNDANG-UNDANG BERKAITAN 2

Media sosial merupakan satu medium yang terbaik untuk memudahkan perhubungan atau komunikasi secara pantas dan menjimatkan. Sebagai contoh, satu perniagaan akan cepat berkembang dan mudah menarik perhatian pelanggan sekiranya taktik pemasaran mereka menggunakan medium sosial yang ada seperti Facebook, Twitter dan sebagainya.

Namun, setiap perkara yang baik mesti ada keburukannya dan perkara yang sama juga berlaku jika kita sebagai pengguna media sosial ini menyalahgunakannya untuk tujuan jahat seperti khianat, fitnah dan jenayah-jenayah lain.

Undang-undang yang ada di Malaysia boleh digunakan bagi melindungi mangsa yang teraniaya mahupun untuk mensabitkan kesalahan jenayah terhadap tangan-tangan yang bertanggungjawab melakukan jenayah di alam siber.


Di antara peruntukan undang-undang  Malaysia yang boleh digunapakai kepada jenayah siber adalah :-
Kanun Kesiksaan
Akta Hakcipta
Akta Keselamatan Dalam Negeri
Akta Rahsia Resmi 1972
Akta Hasutan 1948
Akta Penerbitan dan Percetakan 1984
Akta Keterangan 1950
Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973

Tuesday, 29 May 2012

UNDANG-UNDANG BERKAITAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL 1


 
Terdapat undang-undang terkandung di dalam beberapa akta di Malaysia yang mengawal penggunaan media sosial. Undang-undang ini bertujuan untuk mengawal tindak-tanduk seseorang di alam maya supaya tidak melebihi had-had yang mampu menimbulkan perbuatan yang dilarang disisi undang-undang. Terdapat banyak akta-akta yang berkaitan dengan penggunaan media sosial antaranya ialah:
a)  Akta Tandatangan Digital 1997- akta ini bertujuan untuk mengawal penggunaan tandatangan digital, menjamin keselamatan bagi hal-hal yang berkaitan perdagangan elektronik dan mengesahkan penggunaan tandatangan digital melaui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pensijilan. Antara produk atau rangkaiaan yang mendapat perlindungan akta ini ialah e-mail, laman web, pelayan perkhidmatan dalam talian dengan menggunakan teknologi enkripsi Secure sockets Layer (SSL) dan Secure Electronic Transaction (SET).
b)  Akta Jenayah Komputer 1997- akta ini mengandungi peruntukkan berkaitan dengan kesalahan  penyalahgunaan komputer bertujuan untuk melakukan jenayah. Di dalam akta ini dinyatakan bahawa  akses secara tidak sah atau mengubah apa-apa program atau data yang terdapat di dalam sesebuah komputer adalah salah dan boleh dikenakan hukuman. Akta ini juga berkesan kepada apa-apa jenayah yang dilakukan di luar Malaysia walaupun kesalahan tersebut dilakukan oleh seseorang atau dari sesuatu tempat di luar Malaysia selagi mana komputer, program atau data tersebut adalah berada di Malaysia atau boleh dicapai, dihubungkan atau digunakan dengan komputer di Malaysia.
c)  Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 – akta ini mengawal aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan-perkhidmatan seperti penyiaran tradisional, telekomunikasi dan perkhidmatan atas talian, termasuk kemudahan dan rangkaian yang digunakan dalam memberikan perkhidmatan tersebut, serta kandungan yang dibekalkan menerusi kemudahan-kemudahan dan rangkaian tersebut. Selain itu, akta ini turut mengawalselia aktiviti yang mengandungi unsur-unsur lucah, sumbang, palsu mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera orang lain. Bagaimanapun, tiada peruntukan di dalam akta ini yang membenarkan penapisan Internet.
d)  Akta Hakcipta (Pindaan) 1997- akta ini dikuatkuasakan bertujuan untuk melindungi pencipta dan penerbit sesuatu karya . orang yang berkarya mempunyai hak-hak ekslusif yang tertentu iaitu karya tersebut tidak boleh dikeluarkan semula, tidak boleh disampaikan kepada orang awam, tidak boleh digunakan oleh orang awam, tidak boleh diedarkan dalam salinan dan tidak boleh disewa secara komersial. Antara karya yang mendapat perlindungan akta ini ialah karya sastera, muzik, seni, filem, rakaman bunyi dan penyiaran. Secara umumnya, hak cipta bagi karya-karya seperti sastera, muzik atau seni wujud sepanjang hayat sehingga 50 tahun selepas kematian pengkarya tersebut. Manakala bagi karya-karya lain pula, jangka masa hak cipta ialah sehingga 50 tahun selepas karya itu mula-mula diterbitkan.
e)  AKTA FITNAH 1957: mengawal segala informasi atau penulisan dan sebagainya yang mempunyai unsur-unsur fitnah.
f) AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010: berfungsi dalam memastikan data peribadi mereka tidak disalah guna oleh pihak berkepentingan.
Telah sedia maklum bahawa media sosial mempunyai kekuatan dan kelemahannya sendiri. Dengan saiz pengguna atau pengikutnya yang besar, kerajaan dan individu perlulah menggunakannya secara kreatif dan inovatif. Disamping itu ianya perlu dikawal dengan baik melalui undang-undang yang wujud supaya dapat mengelakkan penyalahgunaan kemudahan media sosial ini.

(NAQIAH BINTI AZIZAN)
DUNIA SIBER DUNIA DI HUJUNG JARI

Tuesday, 27 March 2012

PENGENALAN



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kumpulan ini terdiri daripada 5 ahli kumpulan iaitu:

  1. NAQIAH BINTI AZIZAN
  2. SARAH SAFIA BINTI KAMAL FASHA
  3. KAMAR AINAA BINTI KAMARUDDIN
  4. AFIQ NAZRIN BIN ZAHARINAN
  5. CHONG CHYAW YEE 

Sebelum membincangkan dengan lebih mendalam apa itu media sosial adalah lebih elok jika saya memberikan terlebih dahulu pengenalan tentang media sosial.

Apa itu media sosial?

Andreas Kaplan dan Michael Haenlien mendefinisikan media sosial sebagai sebuah kelompok aplikasi berasaskan internet yang membangun di atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0 dan yang memungkinkan penciptaan dan pertukaran user-generated content.

Bagi memahami dengan lebih mudah, adalah perlu untuk mengetahui maksud media terlebih dahulu. Media merupakan salah satu alat komunikasi sebagai contoh surat khabar dan radio. Oleh itu, media sosial membawa erti instrumen sosial dalam berkomunikasi. Media sosial adalah sebuah media online dan penggunanya dengan mudah boleh berkomunikasi dengan cara atau melalui blog-blog, wiki, forum dan jejaring sosial seperti facebook,twitter,myspace dan banyak lagi. Jejaring sosial adalah kaedah yang sering digunakan oleh masyarakat di dunia.

Media biasa seperti surat khabar atau televisyen memberi limitasi kepada para pengguna kerana para pengguna sukar untuk memberi pendapat atau pandangan bebas terhadap sesuatu perkara yang disiarkan. Akan tetapi dengan adanya media sosial, para pengguna dengan mudah dapat melemparkan pendapat masing-masing dan dapat berkomunikasi ke seluruh dunia tanpa halangan.

DUNIA SIBER DUNIA DI HUJUNG JARI
(NAQIAH AZIZAN )