Showing posts with label Kamar. Show all posts
Showing posts with label Kamar. Show all posts

Wednesday, 30 May 2012

Selebriti dan Twitter

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya akan berkongsi 2 kes Amerika Syarikat mengenai selebriti dan media sosial. Enjoy! =)


1) Simorangkir v Love (2009)
Dawn Simongkir (plaintif), seorang pereka fesyen telah menyaman seorang ahli muzik Courtney Love (defendan), kerana defendan telah membuat kenyataan bahawa plaintif adalah seorang pengedar dadah, pelacur, pencuri, dan banyak lagi. Defendan bukan sahaja membuat kenyataan itu di Twitter, tetapi juga di Myspace dan Etsy. Pergaduhan plaintif dan defendan bermula apabila defendan tidak berpuas hati dengan hasil rekaan plaintif dan enggan membayar. Defendan kemudiannya meluahkan rasa tidak puas hatinya di lawan web Twitter, Myspace dan Etsy. Plaintif mendakwa bahawa ini telah menjejaskan nama baiknya dan juga memberi kerugian besar kepada bisnesnya.


Defendan berhujah bahawa kenyataannya itu hanyalah suatu bentuk pendapat dan plaintif tidak dapat membuktikan bahawa kenyataan tersebut memberi kesan terhadapnya. Walau bagaimanapun mahkamah telah memerintahkan defendan membayar $430,000 kerana kenyataan fitnah tersebut.


2)Siegal v Kardashian
Defendan mempunyai kontrak untuk menjadi seorang jurucakap Quicktrim. Pada Oktober 2009, laman web Siegal Diet Cookie telah menyatakan bahawa Kim Kardashian (defendan) sedang menjalani diet 'cookie weight loss program' itu. Apabila defendan mengetahui akan perkara tersebut, defendan dan peguamnya menyuruh membuang kenyataan itu. Plaintif telah membuang kenyataan tersebut akan tetapi defendan telah membuat kenyataan di laman Twitter-nya 'Dr. Siegal's cookie diet is falsely promoting that I'm on this diet. NOT TRUE! I would never do this unhealthy diet! I do QuickTrim!' dan kemudiannya menyatakan 'If this Dr. Siegal is lying about me being on this diet, what else are they lying about?'


Dr. Siegal merasakan kenyataan tersebut dapat menjejaskan perniagaan mereka. Pada Disember 2009, mereka telah memfailkan saman fitnah terhadap  defendan dan mendakwa bahawa bahawa kenyataan tersebut boleh membawa kesan negatif dan menyebabkan kerugian berpuluh juta dolar. 

Setakat ini, kes ini masih belum lagi selesai. Tapi menurut beberapa orang pakar undang-undang, kenyataan defendan itu ditafsirkan sebagai pendapat peribadinya dan dilindungi oleh First Amendment. Walaubagaimanapun, jika mahkamah mendapat sebaliknya, defendan boleh disaman.

(KAMAR AINAA KAMARUDDIN)

Tuesday, 29 May 2012

Datuk Mohamad Salim Fateh Din v R. Nadeswaran : Kes Fitnah Pertama di Malaysia Yang Membuat Kenyataan di Twitter

Ini adalah satu contoh kes yang menggunakan media sosial Twitter sebagai medium untuk berkomunikasi dan berkongsi maklumat. Defendan di dalam kes ini telah menulis kenyataan yang telah merosakkan reputasi plaintif sebagai orang penting dalam perniagaannya di Malaysia dan peringkat antarabangsa telah terjejas teruk akibat pernyataan tersebut.



Pada 27 April 2012, editor akhbar The Sun, R. Nadeswaran (gambar) telah diperintah untuk membayar ganti rugi berjumlah RM 500,000 kepada Pegarah Urusan Gapurna Sdn. Bhd., Datuk Mohamad Salim Fateh Din setelah didapati membuat dua pernyataan yang memfitnah ahli perniagaan itu didalam lawan web Twitter. Ini merupakan kes pertama yang dibawa ke mahkamah yang membabitkan individu yang membuat laman web di Twitter.



Selain ganti rugi am RM 300,000 dan ganti rugi keterlaluan RM 200,000, Hakim Amelia Tee Hing Geok Abdullah iaitu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan perintah injunksi bagi menghalang Nadeswaran daripada terus menerbitkan kenyataan yang serupa terhadap Datuk Mohamad Salim. Perkataan fitnah yang didakwa dibuat oleh Nadeswaran membawa maksud bahawa Mohamad Salim kononnya menyembunyikan asal-usulnya dan seorang yang tidak jujur serta menipu rakyat untuk mempercayai beliau ialah seorang bumiputera. Datuk Mohamad Salim juga mendakwa bahawa perkataan Nadeswaran itu menggambarkan beliau adalah seorang pencuri tanah dan terlibat dalam tawaran pengambilan tanah secara haram serta rasuah antaranya dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.






Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa kenyataan dalam twitter itu adalah tidak benar dan beliau adalah kaum Bumiputera berketurunan Pakistan dan tidak pernah menyembunyikan data berkenaan.



p/s - Think before you Tweet. =)



(KAMAR AINAA KAMARUDDIN)

Monday, 28 May 2012

KES UNIK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca =),



Hari ini saya sedikit sebanyak ingin berkongsi kes yang kini sedang hangat di bincangkan mengenai media sosial. Kes tersebut ialah sebuah kes Amerika Syarikat iaitu kes Bland v Robert. Pada 4 Mac 2011, plaintif memfailkan saman di Mahkamah Daerah E.D. Virginia di Amerika Syarikat terhadap defendan, seorang Sheriff, dan mendakwa bahawa dia telah melanggar hak Pindaan Pertama kepada kebebasan bersuara dan kebebasan bersatupaduan (rights to freedom of speech and freedom of association) apabila dia memecat mereka.



Plaintif-plaintif mendakwa sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, Sheriff(defendan) menggunakan kuasanya untuk meningkatkan lagi usaha untuk dipilih semula, termasuk menggunakan pekerja untuk menguruskan aktiviti-aktiviti politik, dengan menggunakan banduan untuk acara kempen dan memaksa pekerja untuk menjual dan membeli tiket untuk mengutip dana kempen. Plaintif menegaskan bahawa pada akhir 2009, Sheriff mengetahui bahawa beberapa pekerjanya telah menyokong secara aktif Jim Adams (satu lawan Sheriffs dalam pilihan raya itu). Jim Adams adalah bekas Kolonel Leftenan dalam jabatan Sheriffs dan dia tahu setiap enam Plaintif dalam tindakan ini.



Plaintif-plaintif seterusnya mendakwa bahawa Sheriff mengetahui bahawa setiap seorang daripada mereka bersetuju menyatakan sokongan mereka untuk Adams dengan memaklumkan individu lain sokongan mereka, yang menghadiri 'cookout' yang Adams juga menghadiri dan "LIKE" halaman Facebook Adams. Sheriff telah memenangi pilihan raya November 2009, dan dia memutuskan untuk memecat enam Plaintif serta enam kakitangan lain.



Akan tetapi, atas sebab-sebab tertentu, tuntutan plaintif telah ditolak. Pindaan Pertama (First Amendment) menjamin, antara lain, dua kebebasan sangat penting, kebebasan bersuara dan kebebasan berpersatuan. Mahkamah Agung ketetapan telah berpihak dengan kedua-duanya di mana individu tidak boleh dipecat kerana fahaman politik mereka,dan seseorang tidak boleh dipecat kerana terlibat dalam ucapan politik. Dalam kes ini, ucapan politik plaintif dua terhad kepada "LIKE" kempen Adam di facebook. Hakim itu berkata bahawa ini tidak berjumlah menjamin kebebasan bersuara di bawah pindaan yang pertama. Pada pendapat beliau, anda perlu melakukan lebih daripada itu. Hakim Raymond Jackson berkata,



"However, the Sheriffs knowledge of the posts only becomes relevant if the Court finds the activity of liking a Facebook page to be constitutionally protected. It is the Court’s conclusion that merely “liking” a Facebook page is in sufficient speech to merit constitutional protection. In cases where courts have found that constitutional speech protection sex tended to Facebook posts, actual statements existed within the record. For example, in Mattingly v. Milligan, Mattingly posted on her Facebook wall referring directly to the firing of various employees."



Jadi dalam erti kata lain di dalam kes ini, jika anda hanya 'LIKE' kempen pihak lawan, anda boleh dipecat. Jika anda berkata sesuatu untuk menyokong pembangkang pada dinding facebook mereka, pertuturan yang dilindungi perlembagaan. =p



(KAMAR AINAA KAMARUDDIN)